Iqra Istiqamah

Registration — Istiqamah

Branch chosen. Tap another branch to change.

Tadika Islam Al-Istiqamah Ukay Perdana

Session 2027

Please fill in your child's and guardian's details in full. The school will contact you once the application has been reviewed.

Child's details
FULL DAY PRESCHOOL PROGRAM: Sesi Penuh · 7.00 pagi – 7.00 petang · tiada cas OT sehingga 7.00 petang
HALF DAY A PRESCHOOL PROGRAM: Separuh Hari A · 7.00 pagi – 12.30 tengahari · cas OT bermula 12.31 petang
HALF DAY B PRESCHOOL PROGRAM: Separuh Hari B · 7.00 pagi – 2.00 petang · cas OT bermula 2.01 petang
Parent / guardian
Invoices and receipts will be sent to this email.

Second guardian (optional)

Emergency contact

Session & fees
Amount to pay now

Choose a programme to see the fees.

TotalRM0.00

After you submit, you will be taken to the FPX payment page (CHIP). Your child's place is only booked once the payment is received.

Terms & conditions

Tap each question to read the answer.

Notis Diskaun: bila harga promosi tamat?
Harga promosi terhad kepada 50 early bird pertama atau sehingga 12/12/2026, mana yang dahulu. Pendaftaran selepas itu akan dikenakan harga normal seperti dalam pecahan yuran di atas.
Polisi tiada bayaran balik & deposit
Polisi tiada bayaran balik: Semua pendaftaran pada harga promosi adalah muktamad. Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya murid berhenti sebelum tamat sesi, termasuk yuran aktiviti yang belum dilaksanakan (contoh: lawatan tahunan).* Pendaftaran pada harga promosi tiada deposit yuran bulan Disember.
Adakah bayaran booking RM500 ditolak daripada yuran pendaftaran?
Ya. Booking RM500 adalah bayaran pendahuluan yuran pendaftaran. Baki yuran pendaftaran ialah RM1,667 – RM500 = RM1,167 sahaja.
Bayaran booking tempat RM500 ini boleh dikembalikan?
Tidak. Bayaran booking/pendaftaran tidak dikembalikan kerana ia digunakan terus untuk persediaan kemasukan setiap murid, termasuk kos pemfailan dan sistem pengurusan pelajar.
Apa yang termasuk dalam yuran pendaftaran tahunan?
Pendaftaran tahunan, bahan bantu mengajar, takaful, uniform rasmi (2 pasang), jersi sukan, buku teks akademik & diniah, lawatan tahunan, temasya sukan tahunan dan Hari Ihtifal. Rujuk pecahan yuran di atas.
Boleh saya bayar yuran pendaftaran secara penuh terus?
Boleh. Tuan/Puan hanya perlu WhatsApp kerani sekolah untuk temujanji di sekolah.
Ada pelan bayaran ansuran?
Ada. WhatsApp kami di +6019-287 1036 untuk jadual bayaran ansuran.
Apakah kaedah bayaran yang diterima?
Bank transfer, manual bank-in, terminal kad, JomPAY (kad kredit & debit) dan e-wallet seperti Boost & Touch 'n Go. Bayaran secara tunai tidak digalakkan.
Adakah yuran bulanan berdasarkan kontrak 12 bulan?
Ya. Yuran bulanan yang dinyatakan adalah berdasarkan kontrak 12 bulan bagi setiap sesi persekolahan, bukan 11 bulan. Sekiranya ibu bapa ingin melanggan untuk 11 bulan sahaja, yuran bulanan akan dikenakan kenaikan 30% daripada yuran bulanan yang dinyatakan.
Bila perlu bayar yuran bulanan?
Invois yuran bulanan dihantar ke emel penjaga bermula 20hb setiap bulan dan perlu dibayar sebelum 7hb bulan berikutnya. Contohnya, invois bulan 3/2027 dikeluarkan pada 20/2/2027 dan perlu dibayar sebelum 7/3/2027.
Apa berlaku jika yuran bulanan lewat dibayar?
Sekiranya yuran bulanan tidak dilangsaikan selewat-lewatnya 7hb, anak tidak dibenarkan hadir ke sekolah sehingga semua tunggakan dilangsaikan. Kami doakan Allah murahkan rezeki Tuan/Puan supaya kami dapat fokus sepenuhnya mendidik anak-anak.
Bilakah pendaftaran disahkan?
Pendaftaran disahkan selepas bayaran booking atau sebahagian yuran pendaftaran dibuat.
Read the Polisi Syarikat & Terma Pendaftaran (version 2)

1. Pemakaian
Polisi ini terpakai kepada semua ibu bapa dan penjaga yang mendaftarkan anak di mana-mana cawangan Pusat Didikan Al-Istiqamah — termasuk SRI Integrasi Al-Istiqamah, SRI Integrasi Al-Ihsan, Tadika Islam Al-Istiqamah (Istiqamah Kids) Ukay Perdana dan Taman Permata, serta Program Tiny Muslim — dan syarikat-syarikat dalam Kumpulan Istiqamah. Dengan menanda kotak persetujuan, anda mengesahkan anda telah membaca, memahami dan bersetuju dengan polisi ini.

2. Pengesahan tempat dan bayaran booking
Tempat anak hanya disahkan selepas bayaran booking tempat RM500 diterima. Bayaran booking ialah bayaran pendahuluan yuran pendaftaran; baki yuran pendaftaran diinvois selepas permohonan diluluskan. Jika membayar melalui pindahan bank, bukti bayaran perlu dimuat naik dalam masa 24 jam; jika tidak, permohonan dibatalkan dan tempat dibuka kepada orang lain.
Bayaran booking/pendaftaran tidak dikembalikan kerana ia digunakan terus untuk persediaan kemasukan setiap murid, termasuk kos pemfailan dan sistem pengurusan pelajar.

3. Harga promosi early bird
Harga promosi hanya untuk yang booking tempat sebelum tarikh tamat promosi yang dinyatakan (Sesi 2027: 12/12/2026). Bagi Istiqamah Kids (tadika), harga promosi terhad kepada 50 early bird pertama atau sehingga tarikh tamat, mana yang dahulu. Pendaftaran selepas itu dikenakan harga normal seperti dalam pecahan yuran. Harga promosi dikunci pada tarikh borang pendaftaran dihantar.
Semua pendaftaran pada harga promosi adalah muktamad. Pendaftaran pada harga promosi tidak dikenakan yuran bulan Disember dan deposit loker (SRI) atau tiada deposit yuran bulan Disember (tadika).

4. Yuran pendaftaran tahunan
Yuran pendaftaran tahunan merangkumi perkara seperti dalam pecahan yuran program yang dipilih, antaranya pendaftaran tahunan, bahan bantu mengajar, takaful, peperiksaan & buletin, uniform rasmi, jersi, buku teks, lawatan, Hari Amal Islami, temasya sukan tahunan dan Hari Ihtifal.
Yuran pendaftaran boleh dibayar secara penuh terus (WhatsApp kerani sekolah untuk temujanji di sekolah) atau secara ansuran (WhatsApp +6019-287 1036 untuk jadual bayaran ansuran).

5. Tiada bayaran balik dan deposit
Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya murid berhenti sebelum tamat sesi, termasuk yuran aktiviti yang belum dilaksanakan (contoh: lawatan, Hari Ihtifal).
SRI: Yuran bulan Disember ialah yuran bulanan bagi bulan Disember yang dibayar awal semasa pendaftaran (bukan deposit) dan tidak dikembalikan. Satu-satunya deposit ialah deposit loker.
Program Tiny Muslim / KAFA Tiny Muslim: yuran pendaftaran RM960 termasuk yuran bulanan bagi bulan pertama. Yuran yang telah dibayar tidak dikembalikan kecuali deposit loker RM200. Deposit loker dipulangkan setelah tamat sesi persekolahan tahunan atau apabila murid berhenti, dengan syarat loker tidak rosak. Jika loker rosak, deposit digunakan untuk kos pembaikan dan baki (jika ada) dipulangkan.

6. Yuran bulanan dan kontrak 12 bulan
Yuran bulanan yang dinyatakan adalah berdasarkan kontrak 12 bulan bagi setiap sesi persekolahan, bukan 11 bulan. Sekiranya ibu bapa ingin melanggan untuk 11 bulan sahaja (tanpa bulan Disember), yuran bulanan dikenakan kenaikan 30% daripada yuran bulanan yang dinyatakan.
Invois yuran bulanan dihantar ke emel penjaga bermula 20hb setiap bulan dan perlu dibayar sebelum 7hb bulan berikutnya. Contohnya, invois bulan 3/2027 dikeluarkan pada 20/2/2027 dan perlu dibayar sebelum 7/3/2027.

7. Kaedah bayaran
Bayaran boleh dibuat dalam aplikasi ibu bapa atau pautan invois (FPX, DuitNow, e-dompet seperti Boost & Touch 'n Go), bank transfer / manual bank-in ke akaun rasmi sekolah dengan memuat naik bukti bayaran, terminal kad atau JomPAY (kad kredit & debit). Bayaran secara tunai tidak digalakkan. Resit rasmi dikeluarkan bagi setiap bayaran yang diterima.

8. Lewat bayar dan tunggakan
Sekiranya yuran bulanan tidak dilangsaikan selewat-lewatnya 7hb, anak tidak dibenarkan hadir ke sekolah sehingga semua tunggakan dilangsaikan. Peringatan dan surat amaran akan dihantar bagi yuran yang tertunggak.

9. Senarai hitam Kumpulan Istiqamah
Jika terdapat yuran yang masih tertunggak lebih daripada dua (2) bulan (60 hari selepas tarikh akhir invois), penjaga, berserta anak yang yurannya tertunggak, akan dimasukkan secara automatik ke dalam senarai hitam Kumpulan Istiqamah. Rekod ini dikeluarkan secara automatik apabila tunggakan dijelaskan sepenuhnya.
Senarai hitam tidak disebarkan kepada mana-mana pihak. Syarikat-syarikat dalam Kumpulan Istiqamah (termasuk syarikat yang turut dimiliki rakan kongsi perniagaan) boleh menyemak sama ada seseorang penjaga atau anak mempunyai rekod, dengan memasukkan maklumat yang diberikan semasa pendaftaran — termasuk jika anak didaftarkan oleh penjaga lain. Semakan hanya menunjukkan amaran bahawa rekod wujud; jumlah tertunggak dan butiran lain tidak didedahkan. Syarikat yang menyemak bebas membuat keputusan sendiri sama ada menerima pendaftaran. Setiap semakan direkodkan.

10. Waktu operasi dan caj lebih masa (OT)
SRI (Sesi Penuh): anak boleh dihantar seawal 7.00 pagi dan diambil selewat 7.00 petang tanpa sebarang caj OT. KAFA Pagi boleh hadir seawal 7.00 pagi; KAFA Petang paling lewat diambil pukul 7.00 petang. Caj OT RM42 sejam dikenakan jika anak dihantar lebih awal atau diambil lewat dari waktu yang ditetapkan.
Tadika (Istiqamah Kids): Sesi Penuh 7.00 pagi – 7.00 petang tanpa caj OT; Separuh Hari A 7.00 pagi – 12.30 tengah hari (OT dikira mulai 12.31 petang); Separuh Hari B 7.00 pagi – 2.00 petang (OT dikira mulai 2.01 petang). Caj OT RM30 sejam dikenakan jika anak dihantar lebih awal atau diambil lewat dari waktu yang ditetapkan.

11. Perkhidmatan van sekolah
Perkhidmatan van sekolah terdiri daripada van rasmi sekolah dan van rakan niaga. Setiap murid yang menggunakan perkhidmatan van diwajibkan mencarum takaful kemalangan yang disediakan oleh sekolah.

12. Kokurikulum dan PAJSK (SRI)
Darjah 1–3: penyertaan kelab dan badan beruniform adalah pilihan. Darjah 4–6: KPM mewajibkan sekurang-kurangnya satu kelab dan satu badan beruniform untuk markah PAJSK. Ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak menyertai aktiviti kokurikulum yang diperlukan; pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas markah PAJSK yang rendah akibat tidak menyertai aktiviti tersebut.

13. Perlindungan data peribadi (Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)
Maklumat anak dan penjaga digunakan untuk pendaftaran, pengajaran, keselamatan, komunikasi, invois dan kutipan yuran, serta perkara di perenggan 9. Maklumat tidak dijual dan tidak diberikan kepada pihak lain kecuali seperti dinyatakan dalam polisi ini atau dikehendaki oleh undang-undang. Anda boleh meminta akses atau pembetulan maklumat melalui pejabat cawangan.

14. Komunikasi
Notis, invois, resit dan peringatan dihantar melalui aplikasi ibu bapa, emel, WhatsApp atau SMS ke maklumat perhubungan yang anda berikan. Anda bertanggungjawab memastikan maklumat perhubungan sentiasa terkini.

15. Pindaan polisi
Polisi ini boleh dipinda dari semasa ke semasa. Versi baharu dimaklumkan melalui aplikasi ibu bapa dan perlu dipersetujui untuk terus menggunakan perkhidmatan.

Payment method

Bank transfer: the place is only booked once the school confirms the payment. If no proof is sent within 24 hours, the application is cancelled because places are limited.

The processing fee is charged by the payment gateway and added at payment. Debit / credit cards are not offered online — please pay at the school counter if you want to use a card.

Former student? Check outstanding fees